Friday, June 13, 2008

KAD KUASA POLIS

Seseorang anggota polis adalah dilantik mengikut Seksyen 14 Akta Polis1967 yang mana mereka ini diberikan satu sijil perlantikan (kad kuasa)dengan terteranya NOMBOR PASUKAN, PANGKAT YANG DISANDANGdan NAMA serta disahkan perlantikan ini oleh seorang pegawai kanan polis.

Di dalam sijil perlantikan ini dinyatakan seseorang itu seperti berikut :

"Telah dilantik menjadi seorang PEGAWAI POLIS di bawah AKTAPOLIS 1967 dan adalah diletakhak dengan sepatutnya semua kuasa dan keistimewaan setaraf dengan pangkatnya; Sijil Perlantikan ini ditandatangani oleh pemilik dan pegawai yang mengesahkan; dan Sijil Perlantikan ini adalah pengenalan diri bagi seorang anggotapolis.

Jenis-Jenis Kad Kuasa Polis
Pegawai Kanan Polis - Warna Biru
Pegawai Rendah Polis & Konstabel - Warna Kuning
Konstabel Tambahan - Warna Putih

Pegawai & Anggota Ditahan Kerja - Warna Merah
Nota : Kad berwarna merah bukan kad kuasa tetapi kad pemberitahu sahaja.

Pegawai dananggota polis yang ditahan kerja TIDAK LAYAK MENJALANKANKUASA-KUASA POLIS.

No comments: