Wednesday, June 11, 2008

Tiga lelaki diburu


KLANG: Misteri pembunuhan bekas jutawan, T Thandapani, 51, pada 28 Mei lalu, yang ceraian tubuhnya ditemui berselerakan kira-kira 100 meter selepas digilis kereta api, bakal terungkai dengan penahanan tiga lelaki.Bagaimanapun, ketiga-tiga lelaki terbabit, dua daripadanya anggota kumpulan kongsi gelap dan seorang lagi kerani, dipercayai menyembunyikan diri sejurus kes disiasat polis.
Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusof, berkata polis sudah menyerbu rumah ketiga-tiga suspek utama, baru-baru ini, tetapi tiada siapa di sana.“Kes hampir selesai, tetapi kita memerlukan maklumat daripada ketiga-tiga suspek terbabit untuk melengkapkan siasatan.
“Setakat ini, operasi memburu mereka masih berjalan dan kami perlukan kerjasama daripada orang ramai untuk memastikan mereka dapat ditahan,” katanya, ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang di sini, semalam.

Ketiga-tiga lelaki yang diburu itu dikenali sebagai A Viswanathan atau Elumba, bernombor kad pengenalan 781019-10-5035; G James, 810131-10-5285 dan A S Raghavan, 710410-10-6649.Thandapani adalah pemilik sebuah kedai kek di Klang dan berhutang lebih RM150,000 namun dilaporkan enggan menjelaskan bayaran berkenaan.
Mangsa diculik di depan kediamannya di Taman Chi Liong sebelum cebisan mayatnya ditemui bertaburan berhampiran landasan komuter di Padang Jawa, Klang.Polis menahan empat lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan sebelum mereka dibebaskan dengan jaminan polis.Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati mandatori.

No comments: