Tuesday, May 27, 2008

Penyamun berlagak polis-Metro

GEORGETOWN: “Lagaknya seperti anggota polis, tetapi menyamun mangsa dengan mengambil barangan berharga sebelum melarikan diri,” kata Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Azam Abdul Hamid.

Azam berkata, taktik terbaru itu dikesan apabila polis menerima empat laporan berhubung kes samun membabitkan seorang lelaki yang dipercayai menyamar sebagai anggota polis.

Beliau berkata, taktik lelaki berusia 30-an itu amat licik dengan mengeluarkan ‘kad kuasa’ polis palsu kepada bakal mangsa yang mempunyai pelbagai warna berbeza.

Katanya, suspek hanya menunjukkan kad berlogo polis itu dalam tempoh agak singkat, lalu mengarah mangsa mengikutnya ke balai polis kononnya untuk siasatan lanjut.

“Setiap mangsa yang ditahan itu dikatakan melakukan kesalahan tertentu dan lokasi sasarannya sekitar pusat bandar, Jelutong, Air Itam dan Batu Feringghi.

“Suspek dipercayai bertindak seorang diri dengan menunggang motosikal dan menghampiri mangsa sambil mengaku anggota polis sebelum melarikan barangan berharga,” katanya

No comments: